GUESTBOOK

Pages

Sunday, January 17, 2010

SORRY...DAH LAMA TAK UPDATE

Hai semua...Sorry sgt2 sebab aku dh lama x update entry ni..Broadband network macam hampeh je since last saturday..ni baru ok ckit...macam biasa..xde cerita apa pun..aku stay sorang2 kat umh la ni..

Hari2 balik keje workout mcm biasa..This week bz sgt kat ofis coz on 21 n 22 ni..SIRIM nak datang audit Kastam..memandangkan aku ni Urusetia ISO terpaksa la bertungkus lumus prepare for audit ni..

Even blk pkl 630 pm, aku manage jgk workout everyday...mana leh miss kan...
K lah...dh letih ni..nak tdo dulu..td seharian bt keje kat ofis..berat aku pun dh decrease lg dlm 600g ...yahooooo


Akhir kata .....HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN...

Saturday, January 9, 2010

WATPE YE ARI NI??

yuhu....
Korang kan tau..semenjak ari khamis ari tu, aku stay kat umah sorang2..hubby kan dh g belayar...ssh jgk la coz kena tgl srg2..kena g ambil baju kat laundry sendiri..drive sendiri..td g beli brg umah kat jusco pun sendiri...
Tah la, rasa sunyi sgt..rindu sgt kat die...

Takde watpe kat umah, apa lg proses house keeping la today..pastu workout time..hehehhe...ari ni burn lg 400 Kcal...

Satu lagi goodnews..weight aku lose lg 400 gram...yahooooo...

so slogan aku jgn lupa...

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN...

KOLESTROL??

Korang nak tahu tak cara bak turunkan tahap Kolestrol????

1. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN KAYA KOLESTROL

Tentukan korang tahu makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi..Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kandungan kolestrol di dalam makanan. Contohnya, buang kulit ayam bila masak ayam. Elakkan memakan lemaknya. Cara korang nak sediakan makanan mempengaruhi kandungan kolestrol.
Kurangkan pengambilan seafood like udang ke, sotong ke..
Then, kurangkan mengambil mknan bergoreng. So, lebih baik dibakar atau dipanggang.
Pastikan korang mkn kuning telur tidak lebih dr 2 biji seminggu..krn kandungan kolestrolnya sgt tinggi..
Elakkan juga makan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, pedal dan paru..

2. KURANGKAN MAKANAN BERLEMAK

Elakkan mengambil makanan berlemak khususnya makanan yg mengandungi lemak tepu.. SEperti krang sedia maklum lemak tepu berpotensi tinggi meningkatkan tahap kolestrol dalam darah...Santah juga salah satu cntoh bhn masakan yg menagdungi lemak tepu...Mcm org melayu, kebanyakan masakan menggunakan santan, walaupun sedap..tahap kolestrol die pun sodap jgk...
Pakar pemakanan suggest pengambilan santan perlu dihadkan kepada dua sudu besar shj dan maksimum dua kali seminggu.

3. LEBIHKAN PENGAMBILAN SERAT

Pemakanan yang seimbang adalah kunci utama dalam mengawal kolestrol dlm tubuh kita..Melebihkan pengambilan makanan berserat adalah rahsianya..
So, korang digalakkan melebihkan pengambilan buah2an, sayur2 hijau serta bijirin.
Gunakan kreativiti supaya korang tak cepat jemu..Let say, sediakan dlm bentuk fresh juice or koktel...

So, sentiasalan berhati2 dengan jenis mknan yg korang ambik setiap hari...

FIKIR-FIKIR KAN LAH..

Thursday, January 7, 2010

WATPE YE ARI NI??

hai...ari ni aku sempat jgk workout td..dpt bakar lg 400 kcal..yahooo
Walaupun sebenarnya ari ni mood tak bape best..sedih sgt sbb hubby dah naik kapal td...
Pagi td hntar hubby kat LCCT...die gi Kota kinabalu...Ni mlm2 tdo srg222....ermmmm...nangis la jawabnya..

Pada korang yang sian kat aku, rajin2 la chat kat my blog ye..coz aku rasa sunyi sgt sbb hari2 blk keje, hubby mesti usik2 aku..suka buat lawak..sampai aku ketawa besar..

Sepanjang die cuti kat umah 3 bulan, aku rasa seronok sgt..takpele...kena la tunggu smpai ari raya baru die cuti...

Lagi satu nak inform, td aku timbang..my weight lose lg 600 gram..yahoo...

ADe lg satu, hubby cakap kalo aku berjaya smpai target berat aku, die janji nak belikan aku handbag LV tau...eeee...ni buat aku bersemangat nak kurus ni..

Lastly...I am gonna miss my hubby so muchh...muahppkkkk...

Tuesday, January 5, 2010

SEMALAM DAN HARI INI


SEMALAM SEPERTI BIASA AKU LAYAN TREADMILL LAGI....AL MAKLUM LE...ALAT TU SUDAH BERJAYA AKU PINDAHKAN KE KLANG...HEHEHE...JADI HARI-HARI LEH LAYAN....HASILNYA AKU BERJAYA GAK BAKAR 500Kcal hehehehe....dan malam nye layan karaoke kat greenbox ngan hubby sampai jam 3 pagi huhuhuhu.....

HARI INI tak banyak perkara aku lakukan selain dari memasak , mengemas dan sebagainya, dan hari ni juga aku tak kerja sebab hari ni hari terakhir aku bersama hubby pastu lama lagi nak jumpa die huhuhuhu.....anyway petang ni gi layan tengok wayang kat TGV tajuk citenye..hmmm...VAMPIRE ASSISTANCE...ntahla best ke tak..layan je la..


SEMALAMNYE WORKOUT
Treadmill...
DIST :8KM
SPD : 4.4
CAL BURN :500

ARI NI MAKAN TENGAH ARI HEHEHE..SOWE ARR..GAMBAR JE

THE ZONE DIET PLAN


Breakfast

Protein: 1 c. low fat plain yogurt, 1 oz. lean Canadian bacon

Carbohydrate: 1 c. strawberries

Fat: 1 tbs. slivered almonds

Lunch

Protein: 3 oz. grilled chicken

Carbohydrate: 2 c. romaine lettuce, ¼ c. sliced mushrooms, ¼ c. chopped tomatoes, ¼ c. chopped onion, lemon juice to taste, garlic powder, 1 dash of Worcestershire sauce, pepper to taste, 1 orange

Fat: 1 tbs. olive oil

Afternoon Snack

Protein: 1 oz. cheese

Carbohydrate: ½ apple

Dinner

Protein: 3 oz. pork

Carbohydrate: ½ apple, 2 c. steamed broccoli

Fat: 1 tbs. olive oil

Bedtime Snack

Protein: 1 oz. cheese

Carbohydrate: ½ c. grapes

JENIS-JENIS DIET


The Zone Diet
Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.

South Beach Diet
South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.

Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.

Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.

Hay Diet
Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.

Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.

Diet rendah kalori
Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.

Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.

Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.

MANA SATU DIET ANDA?