GUESTBOOK

Pages

Friday, January 1, 2010

KETAHUI KANDUNGAN DALAM MAKANAN SEHARIAN KITA

" Semua organisma memerlukan makanan untuk hidup". Nutrien ialah bahan atau zat makanan yang diperlukan untuk proses kehidupan yang normal. Pengambilan nutrien dan kajian mengenai peranannya terhadap organisma dinamakan nutrisi.

Makanan dibahagikan kepada tujuh kelas, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas.Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk memelihara kesihatan.Memakan makanan yang sihat akan membantu otak yang sihat.


KARBOHIDRAT
1.Karbohidrat terbentuk daripada daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Nibah hidrogen kepada oksigen ialah 2:1.

2.Fungsi utama karbohidrat:
Membekalkan tenaga untuk menjalankan aktiviti kehidupan.
Membekalkan tenaga haba untuk mengekalkan suhu badan manusia pada 36.9 oC.
Merupakan makanan simpanan dalam haiwan.

PROTEIN
1.Protein terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan nitrogen. Sesetengah protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.

2.Unit asas molekul protein ialah asid amino.

3.Protein boleh terbahagi kepada dua kelas, iaitu protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

4.Fungsi utama protein adalah:

Membina sel-sel baru

Memperbaiki tisu-tisu yang rosak

Membina enzim dan hormon

Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.

5.Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwasyiorkor.

LEMAK
1.Lemak adalah sebatian yang terdiri daripada unsur karbon,oksigen dan hidrogen.

2.Unit-unit asas yang membentukkan lemak dan minyak ialah gliserol dan asid-asid lemak.

3.Fungsi utama lemak adalah:
Sebagai sumber tenaga yang kaya.
Membekalkan tenaga haba untuk mengekalkan suhu badan.
Sebagai pelarut bagi vitamin-vitamin yang larut lemak, iaitu A, D, E dan K.

4.Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.

Lemak tepu mengandungi asid lemak dengan bilangan atom hidrogen yang maksimum tanpa sebarang ikatan ganda dua.

Contoh sumber: Lemak haiwan, mentega dan minyak kelapa.

VITAMIN
1.Vitamin ialah bahan organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk
Mengekalkan kesihatan badan
Melindungi badan daripada jangkitan penyakit

2.Semua vitamin adalah terdiri daripada sebatian karbon dan hidrogen, biasanya oksigen dan kadang-kala nitrogen.

3.Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
Vitamin larut air, misalnya B dan C
Vitamin larut lemak, misalnya A, D,E dan K

GARAM GALIAN
1.Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.

2.Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin.

No comments:

Post a Comment