GUESTBOOK

Pages

Thursday, December 31, 2009

HARI INI

HARI INI AKU BERADA DIMELAKA ...NAK NYAMBUT TAHUN BARU LA KATAKAN..HEHEHEHE...WALAU MACAM MANA PUN TAHUN BARU DAH PUN BERMULA....AZAM LAMA TETAP DITERUSKAN....HEHEHE..
NI NAK CITE CKIT BERTAPA RINDUUNYE AKU PADA TREADMILL KAT UMAH MELAKA NI..CAM BIASA AKU BERJAYA BURN 400 KALORI ARI NI...PENATNYA ALLAH JE YANG TAHU...HUHUHU

Bertapa susahnya kan nak burn lemak ni...kalo nak simpan sekelip mata je....pasni tobat aku nak makan banyak2 lagi..huhuhuhu..tapi sekarang aku dapat rasakan kehidupan yang berlainan dari sebelum ini...aku rasa cukup sihat dan bertenaga....alhamdulillah..

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

Wednesday, December 30, 2009

CARA SENANG NAK HILANGKAN LEMAK BERLEBIHAN


CARA UNTUK MEMBAKAR LEMAK SEBANYAK 150 kalori

Korang semua mesti tak terpikirkan macam mana nak bakar lemak ngan lebih cepat...pada hal semua itu kita lakukan seharian antara sedar tak sedar je kan!!!hehehehe..

Berikut adalah senarai kerja yang mungkin korang lakukan seharian membakar 150 kalori:

1.Cuci dan wax kereta ( 1 jam )
2.Jalan-jalan ( 36 minit)
3.Membeli belah ( 40 minit)
4.Kemas dan bersih rumah ( 34 minit)
5.Berkebun atau tanam bunga kat umah ( 45 minit )
6.Main bowling ( 23 minit )
7.Cuci atau Mop lantai ( 20 minit )
8.Naik-turun tangga ( 15 minit )
9.Main badminton ( 22 minit )
10.Main tennis ( 33 minit )
11.Memasak ( 48 minit )
12.Gosok baju ( ironing ) ( 68 minit )
13.Menari ( 43 minit )
14.Skipping ( 18 minit )
15. Vacuum cleaning umah ( 34 minit )

antara sedar tak sedar korang mungkin ada melakukan salah satu seperti diatas...hehehehehe....jadi tak perlulah risau kita boleh melakunya....HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN.....psstt...senarai no.3 tu kalo berlebihan akan memudaratkan poket korang ...hehehehee...gurau je...!!!

FUHHH..PENAT EXCERCISE...HASILNYA!!!


HARI NI PAGI-PAGI LAGI AKU DAH BANGUN.....GOOD NEWS BUAT AKU HARI NI...BERAT AKU DAH TURUN LAGI 400gm...hehehe...walaupun sedikit tapi aku bangga...alhamdullilah hasilnya dari penat aku exercise selama seminggu ni....hehehehe...total 8kg aku berjaya turun dalam masa dua bulan ni...alhamdulillah!!!aku berdoa dan terus berusaha agar target berat aku dapat dicapai sebelum abis bulan february 2010...amin!!!

Hari ni aku dan hubby nak balik melaka...hehehehe..lama dah tak naik treadmill kat umah tu.....buat korang sume yang nak kuruskan badan tu...berusahalah bersungguh-sungguh...yang penting displin diri tu yang paling penting....tak rugi kalo nak kuruskan badan...seperti biasa aku akan laungkan motto aku ni sebagai pencetus semangat baru ditahun yang baru yang semakin hampir menjelang tiba....HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN..........................

DIET PLAN BAGI YANG ADA GASTRIK


Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low.
Orang barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream).
Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa
atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.
Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia
mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut cream cracker adalah lebih baik.
Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.
Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.



Cadangan :

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream
cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek
atau kentang)

2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut

3. tengahari makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti
sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau
air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih
yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga
elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

6. Sebelum tidur minum susu lagi.

7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau

8. Elakkan makanan mengandungi cuka.

9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat
sendiri (optional)

10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda



InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan
gastrik dah lega.


SELAMAT MENCUBA.....

SEPINTAS LALU.....NAK DAPAT ANAK?


Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:

- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas

- Makan junk food,

- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.

- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.

- Makan burger dan naget

- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.

MUDAHAN DIKURNIAKAN CAHAYA MATA...AMIN...

BERAPA KALORI DI PERLUKAN SEHARI?


LELAKI

UMUR:20~39THN - 2530 KALORI
UMUR:40~49THN - 2400 KALORI
umur:50~60thn - 2280 kalori

PEREMPUAN

UMUR:20~39THN - 2000 KALORI
UMUR:40~49THN - 1900 KALORI
umur:50~60thn - 1800 kalori

FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA


Keperluan kalori sehari

Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.

BERAPAKAH kalori yang sepatutnya diambil oleh seseorang?

ANDA berlari di atas mesin treadmill selama 20 minit setiap pagi di pusat kecergasan. Paparan papan bacaan di atas treadmill menunjukkan anda telah membakar 150 kalori dalam sesi itu.
Kemudian anda bertukar pula kepada mesin cross trainer selama 10 minit untuk membakar kira-kira 100 lagi kalori. Rasa penat dan letih terasa di seluruh badan semata-mata untuk membakar sekitar 250 kalori itu.
Tetapi tahukah anda sebenarnya di sebalik penat lelah bersenam membakar kalori setinggi itu, kita sebenarnya hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk menambahkannya semula. Kenapa?

KITA mengambil masa kurang lima minit untuk menambah semula kalori yang dibakar.

Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah mengambil tahu apa nutrisi, buruk baik dan manfaat makanan yang kita makan. Bayangkan 250 kalori itu sebenarnya bersamaan dengan sepotong piza berkeju atau seketul ayam berkuah atau satu setengah cawan nasi putih.
Kalau begitu cuba bayangkan pula berapa sebenarnya jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari. Untuk makan tengah hari sahaja dengan sepinggan nasi penuh, sejenis lauk berkuah, satu telur goreng dan sayuran - kalori yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori.

yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori

Itu belum dicampur dengan makan pagi, minum petang, makan malam dan makan lewat malam yang semakin menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Persoalannya apakah itu kalori dan berapa jumlah yang sepatutnya diambil oleh seseorang?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.
Bagaimanapun, sekiranya diambil secara berlebihan seseorang berpotensi menjadi obesiti dan lebih buruk lagi mengganggu tahap kesihatan tubuh. Penyakit pakej zaman ini tentunya kardiovaskular, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Keperluan tenaga seseorang juga bergantung kepada tahap keaktifan atau aktiviti dilakukan, tahap kesihatan, kehamilan selain pengaruh keadaan sekeliling. Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.

FIKIR-FIKIRKAN LAH......

APA KATA KITA MAKAN BUAH DULU SEBELUM MAKAN APA APA YANG LAIN


Kita sering menjadikan buah sebagai pencuci mulut, iaitu dimakan selepas selesai menikmati hidangan yang berat seperti nasi, mi, serta lauk-pauk yang lain. Pada pandangan biasa, perbuatan itu mungkin suatu yang tidak salah. Asalkan ada buah, sudah bagus untuk diet. Benarkah begitu?
Sebenarnya, pakar khasiat dan diet telah lama mengingatkan kita supaya menjadikan buah sebagai hidangan penting. Maka, ia perlu dimakan dahulu sebelum menjamah hidangan utama. Selain menggalakkan penyerapan tenaga dan nutrien segar untuk tubuh, ia juga membantu kelancaran proses penghadaman dan perkumuhan.
Buah yang dimakan lebih awal membuatkan seseorang cepat berasa kenyang. Maka, tidak perlu lagi mengisi perut dengan kuantiti makanan yang banyak. Buah juga patut menjadi ‘teman baik’ mereka yang sedang cuba mengurangkan berat badan.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN....

DIET DENGAN 3 BIJI EPAL?


Tiga biji epal sehari


Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal kerana ia mengandungi banyak fiber, membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.
Enlarge this imageReduce this image

AMALAN makan sebiji epal 30 minit sebelum makan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.


PERIBAHASA lama Barat ada mengatakan, makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor sudah umum diketahui, tetapi kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.
Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil yang cukup mengejutkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.
Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang.
Program 3-Epal-Sehari diilhamkan oleh Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn.
Flynn, yang ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tempatan menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil daripada program dietnya - malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan - melazimi memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam masa satu minggu.
Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggan lainnya dan menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu meyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji epal Washington Apples selama 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.
Program 3-Epal-Sehari merupakan satu kejayaan. Mudah dan ringkasnya petua saranan program 3-Epal-Sehari menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan.
Ia tidak melibatkan diet, sebaliknya mereka disuruh makan sebiji epal sebelum sarapan pagi, tengah hari dan malam. Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda menyaksikan secara langsung penurunan lemak badan anda.
Tiada juga pakej makanan siap mahal untuk anda beli, hanya epal Washington Apples yang berkhasiat dari sudut buah-buahan segar di dalam kedai runcit berhampiran.

Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan.

Disebabkan epal Washington mengandungi banyak fiber - malah sebanyak 4 hingga 5 gram sebiji epal - ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semula jadinya juga menampang keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.
Program pemakanan itu, selain daripada epal Washington, ia melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
* Sarapan pagi: Telur dadar berkeju dan secawan bubur
* Tengah hari: Dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.
* Malam: Salad salmon salai.
Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air dalam perut, ini menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum makan bagi mengurangkan rasa lapar.
Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1,2,3. Tidak mustahil, dengan mengikuti program 3-Epal-Sehari dan menghindari diet popular, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan yang dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda!
Epal Washington kini boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, Cripps Pink, Braeburn dan Cameo.




APA KATA KITA CUBA,,,HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

TABIAT MAKAN SEHARIAN


TABIAT MAKAN YANG BURUK
*************************************

-Sarapan-
Nasi lemak, mee goreng, roti canai, roti disapu dgn mentega, telur goreng, karipap & jemput2 goreng.

-Minum Pagi-
Kuih, kek, coklat & kuih yg bergoreng.
Kopi + susu pekat manis

-Makan Tengahari-
Nasi goreng, mee goreng, nasi + ikan goreng, sayur goreng, rendang daging, kari atau gulai yg menggunakan santan.
Minuman berkarbonat + daging burger, kentang goreng & donut.

-Minum Petang-
Kek berkrim, kek coklat, kuih manis kuih yg bergoreng spt goreng pisang, popia goreng karipap.
Teh + gula + susu pekat manis atau susu segar yg penuh lemak.

-Makan Malam-
Nasi putih + daging goreng, udang masak kari, gulai ayam, sayur lobak & ubi kentang. Puding kastad atau kek.

-Makan Tengah Malam-
Biskut berkrim, kek coklat, roti, mentega atau keju.
Minuman bercoklat + susu + gula + susu penuh krim.


TABIAT MAKAN YANG BAIK
**********************************
-Sarapan-
Roti Bakar pnuh bijirin disapu dgn mentega & telur rebus.
Teh + susu rendah lemak.

-Minum Pagi-
Biskut lemak
Kopi & susu rendah lemak

-Makan Tengahari-
Nasi putih & ikan bakar, sup sayur, ayam goreng tanpa kulit, roti dgn majerin lembut yg mengandungi rendah lemak.
Minuman rendah kalori.

-Minum Petang-
Kek buah, sekeping goreng pisang sebiji karipap.
Teh + susu rendah lemak.

-Makan Malam-
Sup sayur, sup ayam, ubi kentang, kastard bersusu rendah lemak
Susu rendah lemak.

-Makan Tengah Malam-
Biskut tawar
Susu rendah lemak + koko.


TABIAT MAKAN TERBAIK
*******************************
-Sarapan-
Bijirin yg mengandungi tinggi serat spt emping beras, bijirin jagung + susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dgn majerin lembut.
Teh + susu rendah lemak

-Minum Pagi-
Buah2an spt epal, jambu batu, betik & oren
Kopi + susu rendah lemak.

-Makan Tengahari-
Sandwich, roti penuh bijirin + majerin lembut, sup sayur + ikan bakar atau ikan rbus, buah2an.
Air suam

-Minum Petang-
Popia basah & buah2an
Teh + susu tepung rendah lemak

-Makan Malam-
Nasi putih, sup sayur yg dicampur dgn isi ayam, roti penuh bijirin, rojak atau salad sayuran & buah2an.
Susu tanpa lemak

-Makan Tengah Malam-
Roti kering penuh bijirin
Susu tepung rendah lemak + horlicks


HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

NAK BAKAR KALORI


Bagi merealisasikan impian untuk memiliki tubuh yang langsing dan ramping, 9 rahsia berikut mungkin boleh membantu :

1) Mendengar muzik yang mengasyikkannakan membuatkan kamu berasa kenyang.

2) Elakkan makan berlebihan meskipun masih banyak hidangan yang menggoda.

3) Kajian yang dilakukan oleh University of Switzerland membuktikan bahawa minum secawan teh hijau akan dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.

4) Fokuskan apa yang sedang kamu buat. Elakkan menonton atau menbaca sambil makan.

5) Luangkan masa untuk berehat dan berjalan-jalan selama 20 minit di luar rumah. Sinar matahari yang memancar membantu mengendalikan nafsu makan.

6) Gosok gigi selepas makan, dengan cara ini akan mematahkan nafsu kamu untuk makan sekali lagi.

7) Renung makanan yang terhidang di dalam pinggan. Fikirkan adakah wajar untuk kamu habiskan ke semua makanan yang ada di depan mata?

8) Elakkan dari meletakkan sebarang makanan di bilik tidur.

9) Jangan terlalu keras untuk berdiet. Kasihanilah diri sendiri dan yakinlah, lama kelamaan kamu akan kurus dan langsing walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.


APA KATA KITA CUBA..HEHEHEHE....HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

MAKANAN SIHAT


KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan jika tidak miliki kesihatan.
Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, Kosmo! senaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan yang optimum bagi anda. Periksa senarai ini!

1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar.

Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari.
alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad

2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.

AMALKAN satu cawan susu masam setiap hari.

Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser.
Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif.
Amalkan satu cawan yogurt sehari.
alternatif: Kefir, susu masam soya

3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar.

TOMATO membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.

Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato.
alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.

4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid.

Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari.
alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning

5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia.

Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular.
Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering.
alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi

6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak.

KACANG hitam boleh merangsang otak.

Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu.
alternatif: Kacang pis, dal, pinto

7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya.

WALNUT kaya dengan Omega-3.

alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel.

8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

JIKA ANDA PESAKIT GASTRIK!!!


TIP DIET SIHAT UNTUK SESIAPA YANG ADA GASTRIK

1.Elakkan makanan pedas
2.Elakkan minuman berkafein
3.makan dalam kuantiti yang sederhana
4.Jangan gelojoh menikmati makanan
5.elakkan makan makanan yang menyebabkan angin seperti kacang , sayur kekacang , kubis dan ubi
6.Elakkan makan asam atau jeruk
7.Elakkan minum minuman yang bergas
8.kurangkan makan makan yang berlemak

HIDUP SIHAT TANPA LEMAK BERLEBIHAN

Tuesday, December 29, 2009

PERUT BUNCIT


Bersarapan Dengan YogurtTips mengatasi Perut Buncit

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan Gelojoh

Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.Tips mengatasi Perut Buncit

Minum Air

Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat

Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.


HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

KURUSKAN BADAN ANDA CARA SELAMAT


Memang sebaiknya kita mencari cara menguruskan badan secara selamat. Pelbagai bahan di jual di pasaran yang digunakankan untuk kurus badan, tetapi adakah bahan kurus badan yang di jual itu selamat diamalkan? Mungkin mereka menjanjikan selamat.. Tiada kesan sampingan.. tidak berbahaya.. tetapi siapa boleh menjamin kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan menurunkan berat badan tersebut?

Contohnya bahan yang kini amat popular yang dapat mengurangkan selera makan iaitu hoodia, ada sumber mengatakan hoodia boleh mengakibatkan kesan pada hati jika diambil dalam jangka masa panjang. Jika ubatan mengunakan dadah seperti duramin dsb. pula memberi kesan pada otak dan pengambilanya hanya disyorkan dalam masa yang singkat sahaja dalam lingkungan 3 bulan jika tidak ia akan membawa kesan buruk.Tips Kurus Badan

Kali ini saya ingin menceritakan mengenai lecithin mungkin tidak ramai lagi mengetahui bahawa lecithin adalah bahan yang dapatdigunakan untuk kurus badan. lecithin selalunya diperolehi daripada extract soya.

Lecithin adalah gabungan choline, inosite dan asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan. Tahu tak orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.

Kebaikan Lecithin

1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.

2. Lecithin mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.

3. Baik untuk kecerdasan otak.

4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.

5. Mengekalkan kelembapan kulit.

6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).

7. Lecithin merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.

8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Ini lah yang pentingnya untuk kurus badan.

9. Menggalakkan m e t a bolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.

10. Mengawal kolestrol dalam darah.

11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.

12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.

Jadi pada yang tengah mengamalkan diet apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.

Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin E tersebut.

Jadi apa kata anda mencuba lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping kurus badan, baik untuk kesihatan dan mental anda. Bukan sahaja dapat jaga badan dapat juga menjaga kesihatan.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN......

TINGKATKAN METABOLISME ANDA?


# Makan Dengan teratur, Apabila kita makan, secara automatiknya meningkatkan kadar metabolisme badan untuk proses penghadaman makanan.
# Makan Lebih, untuk jaga badan juga perlu makan lebih tapi jaga lah benda apa yang dimakan itu juga. Jangan bertindak membuang kalori dengan tidak makan kerana apabila anda tidak makan akan memperlahankan metabolisme.Cara meningkatkan metabolisme badan
# Pegambilan Protein, Rantaian protein amat sukar untuk dipecahkan oleh itu lebih banyak penghadaman dilakukan secara tak langsung meningkatkan kadar metabolisme badan.
# Makan Ikan & Makanan Kurang Lemak, Ini akan mengalakkan penghantaran maklumat “saya kenyang” kepada otak dan membantu isyarat di hantar kepada otak untuk metabolisme membakar kalori dengan lebih banyak.
# Makan makanan Pedas, Makanan pedas mampu meningkatkan jumlah kalori yang di bakar ketika proses penghadaman.
# Minum air Sejuk, kerana ini akan meningkatkan kadar metabolisme kerana badan pemanaskan air pada suhu tubuh.
# Berjalan lebih pantas. Ini akan meransang kamu lebih berpeluh.
# Lebih banyak otot yang di miliki, lebih banyak kalori yang akan di bakar sepanjang hari. Cubalah senaman 2 kali seminggu.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN......

PIL DIET? ADAKAH IANYA BERKESAN?


Pengambilan Pil Diet

Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.

Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?

* Phentermine

Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.

* Orlistat

Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.

* Bontril / Phendimetrazine

Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?

Hoodia

Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?

Liposuction

Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.

Pintasan Gastrik

Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.

Diet Ekstrem

Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalikimpak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini. Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.


FIKIR-FIKIRKANLAH.....

KESILAPAN DIET PLAN?


1 Terlampau ghairah mengira kalori.

2 Tidak minum air yang mencukupi.

3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.

4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.

5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.

6 Tidak merancang dengan betul program diet.

7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.

8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.

9 Mengabaikan sarapan pagi.

10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN...PIKIR-PIKIRKAN LAH!!!

LAGI-LAGI TIPS KURUS!!!


1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN...!!!

MARI KITA CUBA LAKUKAN!!!


1) Jangan Makan Daging bersama Susu – Contohnya makan nasi daging merah Tips Menjaga Badandan minum milo ais

2) Jangan Makan Danging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap

3) Jangan Makan Ikan bersama Susu – Contohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais

4) Jangan Makan Ayam bersama susu – Contohnya makan Kfc dengan milo ais

5) Jangan Makan Ikan bersama Telur – Contohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar

6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam saladTips Menjaga Badan

7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum teh ais

8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah

9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan.

10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam)

11) Jangan tinggal makan malam kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda.

Agak pelik bukan tapi apa kata kita cuba praktikan mana tahu ianya berkesan.. Jika tidak dalam jangkamasa pendek mungkin dalam jangka masa panjang.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

ANDA BOLEH MELAKUKANNYA


Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.

Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan

Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.

Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

SEMALAM DAN HARI INI


SEMALAM MACAM BIASA AKU MEMULAKAN PEKERJAAN AKU SEPERTI BIASA SETELAH 10HARI AKU BERCUTI DAN DAH LAMA JUGA AKU TAK WORKOUT...HUHUHUHU...

JADI UNTUK DIJADIKAN CERITA AKU NAK CITA LA CIKIT PASAL WORKOUT AKU SEMALAM DAN HARI INI :-

YESTERDAY WORKOUT
Aerobic ( Carb Killer ) - 55 minutes ( video guide )
Skipping - 300 times

TODAY WORKOUT
Aerobic ( Carb KIller ) - 60 minutes * Video guide )
Skipping - 400 times

ESOK BARU AKU NAK CHECK WEIGHT....HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

Friday, December 25, 2009

MENU SIHAT


Manusia perlukan makanan untuk tenaga. Makanan yang telah kita makan akan
diproses untuk ditukarkan kepada bentuk tenaga. Pada usia yang muda, kanak-kanak
memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium dan protein yang mana membantu
di dalam pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh. Kita perlu memilih makanan
yang bersesuaian dengan umur dan tahap kesihatan diri. Diet yang sihat
mengandungi kesemua nutrient makanan yang diperlukan.

Penyediaan menu sihat

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan
yang ingin di makan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik. Adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang? Adakah kita memerlukan lebih karbohidrat dan kurang protein atau lebih protein dan kurang lemak? Selain dari perancangan, kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kita menyediakan hidangan. Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai untuk digunakan; antaranya adalah lebih elok dan sihat untuk memasak dengan menggunakan kaedah membakar, mengukus dan mereneh berbanding mengoreng dengan minyak yang banyak.

Selain itu, kita sebagai ibu bapa juga perlu mempelbagaikan makanan yang kita pilih untuk anak kita, dengan cara ini makanan akan bertambah menarik dan dapat meningkatkan selera anak. Sebagai contohnya, kita boleh menggunakan tomato dan lobak untuk menghias makanan tersebut. Ianya bukan sahaja menambah warna pada makanan malah boleh menghiburkan anak-anak dengan rekaan wajah yang kelakar.

Amalan dalam membentuk menu sihat

Antara amalan yang dapat di aplikasi adalah:

* Mereneh atau mengukus makanan berbanding mengoreng .
* Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan selepas mengoreng.
* Jauhi dari mengoreng buat kali kedua.
* Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan (contohnya sup).
* Tambah lebih sayuran di dalam hidangan.
* Kurangkan jumlah penggunaan garam.
* Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging tanpa lemak

Menu ringkas untuk anak-anak

Sarapan: ½ cawan buah-buahan (contohnya Pisang) + segelas susu

Makan tengahari: Satu mangkuk sup ayam + ½ -1 cawan nasi + 1 gelas air

Makan malam: ½ - 1 cawan nasi + 1 telur dadar + 1 gelas air

Kita semua amat sukakan pizza. Namun adakah hati kita sukakannya juga??

Daripada: American Heart Association

Pizza Tomato Segar

Masa penyediaan: 10 minit; Masa memasak: 15 ke 20 minit

Hidangan 4; 1 bulatan per hidangan

Bahan-bahan:

2 keping roti pita (tepung gandum lengkap)
3 atau 4 tomato Itali saiz sederhana
¼ cawan daun basil atau parsley yang dihiris halus
Lada hitam
1 cawan keju tanpa lemak Mozarella yang telah dicarik-carik

Arahan

1. Panaskan ketuhar kepada 425 darjah F.
2. Potong roti pita sehingga membentuk 4 bulatan kecil.
3. Letakkan pita-pita tersebut ke dalam ketuhar selama 5 minit.
4. Semasa pita masih di dalam ketuhar, hiris tomato dan daun basil.
5. Keluarkan roti pita dari dalam ketuhar. Aturkan hirisan tomato di atasnya. Taburkan daun basil ,serbuk lada hitam dan keju.
6. Bakar selama 8 – 10 minit atau sehingga hujungnya kelihatan coklat.
7. Potong menjadi 4 bahagian dan selamat menjamu selera.

Analisis nutrisi (per hidangan) Kalori 175; Protein 9g, Karbohidrat 30g, Kolesterol 16mg, Natrium 500mg, Jumlah lemak 3g, Lemak tepu 1g.

Di dalam dunia yang serba sibuk ini, memastikan seluruh ahli keluarga menikmati makanan yang sihat pada setiap hari bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap ahli keluarga terlalu sibuk dengan akitiviti masing –masing , maka waktu makan kadangkala terlepas dari pandangan kita. Namun, adalah penting untuk memastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa makan berkualiti, dan sudah semestinya menikmati hidangan yang enak dan berkhasiat.

APA ITU ANOREXIA & BULIMIA?


Apakah yang dimaksudkan dengan masalah gangguan pemakanan?
Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. Ini termasuklah :

1. Anorexia Nervosa :
* Satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).
2. Bulimia Nervosa :
* Merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan , penyalahgunaan laxative dan enema (cecair yang disuntik ke dubur) atau senaman yang berlebihan .

Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan.

Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?

* Pengurangan berat badan yang berlebihan.
* Tiada kedatangan haid

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa?
Anorexia Nervosa :

* Denyutan nadi yang rendah.
* Tekanan darah rendah.
* Keletihan.
* Mengantuk.
* Kulit menjadi kering.
* Rambut tidak bermaya.
* Kemunculan bulu-bulu halus.
* Mudah marah.
* Fikiran sering terganggu.
* Sentiasa mencari kesempurnaan.
* Kurang bersosial untuk mengelakkan daripada menikmati makanan.
* Kurang keyakinan diri.
* Tiada kedatangan haid.



Bulimia Nervosa :


* Pembengkakkan kelenjar liur akibat sering muntah.
* Kedatangan haid yang tidak teratur.
* Kereputan gigi kerana kandungan asid yang tinggi dalam muntah.
* Sakit perut akibat sering berlaku ketegangan atau pengecutan perut disebabkan makan berlebihan.

Apakah kesan-kesan yang berlaku akibat daripada masalah gangguan pemakanan?
Masalah gangguan pemakanan akan menyebabkan komplikasi yang serius iaitu :

1. Semakin lama tabiat pemakanan yang abnormal diamalkan, semakin tinggi risiko gangguan status pemakanan akan berlaku termasuklah:
* Kehilangan otot-otot, kehilangan lemak tubuh dan juga mineral pada tulang.
* Kekurangan mineral utama dan vitamin.
2. Gangguan psikologi :
* Masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh
* Sentiasa mengasingkan diri daripada bersosial dan sering mengalami konflik keluarga.
* Kurang keyakinan diri.
* Gangguan mental seperti takut dan kemurungan.
3. Masalah-masalah lain :
* Pertumbuhan terbantut dan lewat mencapai akil baligh
* Tulang mudah reput dan seterusnya mengakibatkan osteoporosis
* Berisiko tinggi mendapat penyakit dan boleh membawa maut.

Bagaimana untuk membantu anda menangani masalah ini?

* Berbincang dengan keluarga / guru / kawan-kawan dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
* Doktor akan merawat anda bersama-sama dengan pakar kesihatan yang lain.
* Anda akan mendapat terapi/ rawatan secara individu, rawatan keluarga, perubahan sikap dan juga pemulihan pengambilan makanan.
* Anggota Fisioterapi dan pemulihan cara kerja juga akan membantu anda dalam proses pemulihan
* Sekiranya anda mengalami komplikasi dan kekurangan pemakanan yang teruk anda harus mendapat rawatan di hospital untuk tempoh tertentu.

Apakah rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini?
Objektif rawatan bagi masalah ini adalah untuk mencapai berat badan yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan mental dapat berkembang dengan sempurna. Sasaran berat badan yang normal adalah pada Indeks Jisim Tubuh (IJT) 18 - 24 (ataupun mencapai berat badan sebelum mengalami masalah gangguan pemakanan).

* Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif
o Ubat antikemurungan biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa yang mengalami tekanan
* Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit.
* Sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses pemulihan.
* Rawatan di hospital adalah diperlukan bagi kes-kes yang serius.

Bila anda perlu mendapatkan bantuan atau rawatan?

* Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami masalah gangguan pemakanan, segera dapatkan nasihat daripada doktor.
* Semakin cepat masalah ini dikesan, semakin cerah peluang untuk pesakit pulih.

TIPS KEKALKAN BERAT BADAN...


Huh! Mengeluh sendirian bila melihat badan di cermin. Bagaimana hendak turunkan berat badan seperti dulu? Sakit kepala memikirkannya. Maklumlah, masa makan tidak ingat dunia. Apa sahaja di depan mata, semuanya dihabiskan.

Badan naik beberapa kilo pun sudah sakit mata memandang. Hendak tambahkan berat tidak susah, tetapi untuk kurangkannya jenuh mencuba. Pil kuruslah, mengikut program pelangsingan badanlah, jogginglah dan bermacam-macam lagi cara. Ada sesetengah tu, sanggup berlapar semata-mata untuk kurus.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak digalakkan terburu-buru melakukan diet sendiri. Amalkan cara hidup yang sihat dengan menitik beratkan soal kesihatan dan pemakanan untuk mengekalkan berat yang seimbang.

Berikut adalah 10 tips untuk mengekalkan berat badan anda:

1. Anda digalakkan menimbang berat badan seminggu sekali dan dijadikan alat penimbang berat badan sebagai kleksi peribadi. Cara ini membuatkan anda sentiasa beringat tentang berat badan anda .

2. Jadualkan masa makan anda dengan teratur 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jangan menunggu anda betul-betullapar untuk menjamah makanan kerana cara ini salah. Ini kerana apabila perut anda lapar, sudah tentu anda akan memakan dalam kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan diet anda.

3. Elakkan makan malam atau makanan lain selepas jam 8 malam. Ini adalah kerana proses penghadaman anda akan ‘berehat seketika’ sehinggalah keesokan hari untuk ‘bekerja’ semula. Seeloknya biasakan diri anda makan malam pada jam 6 atau 7 petang. Sekiranya anda lapar, jangan sesekali mengambil makanan berat atau ringan, namun digalakkan memakan buah-buahan seberapa banyak yang anda suka.

4. Sikap suka mengunyah makanan ringan di depan televisyen juga tidak sepatutnya menjadi amalan anda kerana ia boleh menyebabkan kegemukan. Ini kerana ada tidak dapat mengagak jumlah makanan yang telah dimakan dan kebanyakkan makanan ringan mengandungi monosodium glutamate MSG seperti Ajinomoto, cheese, nitrat, coklat dan kekacang yang tinggi nilai lemaknya. Sikap ini tidak seharusnya menjadi amalan kerana ini adalah punca utama kepada masalah obesiti.

5. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu gelojoh di depan hidangan. Dengan cara ini ia memudahkan proses penghadaman dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Sekiranya makan dengan cepat atau dalam keadaan tergesa-gesa, aa bukan sahaja boleh menyebabkan anda tercekik, malahan anda akan makan dalam kuantiti yang banyak.

6. Makanlah secukupnya sekadar untuk mengalas perut dan jangan terlalu mengikut selera anda. Dalam masa-masa tertentu, selera atau nafsu makan seseorang akan berada di tahap kemuncak iaitu ingin makan apa sahaja sehingga kekenyangan.

7. Elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi seperti coklat, kekacang, daging, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.

8. Sekiranya anda mendapat jemputan menghadiri sebarang majlis, anda digalakkan makan sedikit untuk mengisi perut. Ini adalah kerana mengelakkan anda makan dengan banyak.

9. Selain mementingkan soal pengambilan makanan, anda juga disarankan melakukan aktiviti sukan atau aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti jogging, berjalan, berenang dan sebagainya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk badan idaman anda, malah dapat mengisi masa lapang anda
daripada terbuang begitu saja.

Selamat mencuba..

KESALAHAN SEMASA DIET DAN SENAMAN!!


3 Kesalahan Biasa Diet & Senaman


Diet, sesiapa sahaja yang berdiet tentunya mempunyai tujuan yang sama iaitu menurunkan berat badan, bukan?
Pun begitu, akibat pemahaman yang salah tentang diet, tubuh yang berisi bukannya semakin kurus, sebaliknya menjadi lebih besar dan gebu.
Jadi, penting untuk kamu mengetahui sama ada diet kamu lakukan itu betul atau salah.Jom semak tiga fakta berikut…

SALAH

Jangan makan sebelum bersenam.
Tanpa makanan sebagai pembekal tenaga, tubuh akan mengambil tenaga daripada gula yang terkandung di dalam jaringan otot.Ini akan menyebabkan kamu berasa cepat letih dan penat.

BENAR

Makanan yang kaya protein dan karbohidrat sangat penting sebelum memulakan senaman.Jika tidak sempat, cukup sekadar mengambil sebiji pisang.

SALAH

Tidak makan selepas bersenam.
Tubuh memerlukan protein untuk menegangkan jaringan otot dan membaiki metabolisme tubuh.Oleh itu, kamu perlu makan selepas bersenam untuk menggantikan tenaga yang terbuang ketika bersenam tadi.

BENAR

Ganti makanan berprotein dengan puti telur atau dada ayam bakar.Jangan lupa senaraikan sekali makanan yang mengandungi karbohidrat, buah-buahan dan juga serat.

SALAH

Gemarkan makanan yang sihat
Walaupun kamu gemarkan makanan yang sihat, namun jika makan dalam jumlah yang banyak, ia tetap membuatkan tubuh kamu mengembang dan mengembang.

BENAR

Atur jumlah makanan yang diambil.Pastikan makanan yang diambil dalam jumlah yang sedikit.

FAKTA: Salah satu program diet yang boleh kamu cuba adalah lakukan diet hijau dengan menggantikan makanan yang biasa kamu makan dengan makanan berdaun hijau.Ini tentunya akan menyihatkan tubuhmu kerana sayuran hijau selain kaya dengan serat, ia juga baik untuk diet harianmu…

SELAMAT MENCUBA !!

PEMBEDAHAN IKAT PERUT?


PEMBEDAHAN ikat perut atau mengecilkan perut dianggap sebagai langkah terakhir yang boleh diambil bagi individu obes selepas semua kaedah lain seperti bersenam, mengubah tabiat makan atau mengambil ubat mengikut arahan doktor tidak memberi kesan diharapkan.

Pembedahan ini bukan untuk cantik, sebaliknya bertujuan meningkatkan tahap kesihatan kerana individu obes mempunyai risiko mendapat pelbagai penyakit, termasuk serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok.

Walaupun gemuk, anda tidak semestinya layak mendapatkan rawatan ini kerana ia direka khusus bagi individu yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 32 kg/m² bagi penduduk Asia atau 35 kg/m² untuk penduduk Barat. BMI dikira dengan membahagikan berat dalam kilogram dengan tinggi dalam ukuran meter yang diganda duakan.

Mengapa kaedah ikat perut ini dikhususkan bagi kumpulan tertentu saja? Menurut Perunding Bedah Gastrointestin Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr Abdul Fahmi Karim, bagi kumpulan ini, peluang menurunkan berat badan melalui kaedah konvensional (menjaga makan dan bersenam) amat rendah iaitu kurang daripada 10 peratus.

Sebaliknya, kumpulan ini paling banyak berdepan risiko kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, paras kolesterol tinggi, penyakit jantung atau strok, terutama jika mereka mengalami masalah berat badan sejak muda.

Perut manusia yang terletak dalam ruang abdomen adalah kantung elastik berotot dengan bentuk seperti buah pir. Bentuk dan saiznya berubah mengikut kedudukan badan dan jumlah makanan yang masuk ke dalamnya. Ia berfungsi sebagai tempat simpanan makanan sementara dan di sinilah proses penghadaman makanan berlaku.

Secara purata, perut berukuran 30.5 sentimeter (12 inci) panjang dan 15.2 sentimeter lebar (enam inci). Kapasiti perut orang dewasa ketika rehat (tidak mengandungi makanan) ialah kira-kira satu liter.

Bagaimanapun, oleh kerana ia elastik atau kenyal, perut boleh mengembang dan menampung antara dua hingga empat liter makanan.

Dr Abdul Fahmi berkata, makanan yang dimakan akan masuk dan memenuhi bahagian bawah perut terlebih dulu. Apabila berisi makanan, perut akan mengembang tetapi ia masih tidak memberi isyarat kenyang kepada otak.

Isyarat kenyang hanya diberi apabila bahagian atas perut (dipanggil bahagian kardiak) mengembang dan isyarat ini mengambil masa untuk sampai ke otak.

Apabila isyarat kenyang diterima, biasanya kita sudah terlebih makan, khususnya bagi individu yang makan cepat (makanan tidak dikunyah hingga benar-benar lumat sebelum ditelan).

Ini menyebabkan berlebihan pengambilan kalori harian dan keadaan menjadi lebih buruk (berat badan bertambah) jika penggunaan tenaga tidak setimpal dengan kemasukan tenaga dalam badan. Tenaga berlebihan ini disimpan sebagai lemak dan akibatnya tanpa disedari, kita menjadi gemuk.

“Dalam pembedahan yang menggunakan sistem LAP-BAND, perut pesakit diikat di bahagian atas, menjadikannya berbentuk seperti ‘hour-glass’ atau balang waktu (tabung kaca yang berisi pasir untuk mengukur waktu). Bahagian atas ini sangat kecil dengan muatan antara 30 hingga 50 mililiter saja atau sebesar bola golf .

“Perut atas yang baru ini boleh mengembang dua kali ganda saiz asalnya (60 hingga 100 mililiter). Perut diikat menggunakan getah khas yang disambungkan dengan alat kawalan dipanggil access port yang ditanam di bawah kulit. Melalui alat kawalan ini, doktor boleh memantau dan mengubah saiz perut baru pesakit.

“Semua prosedur ini dilakukan dengan kaedah pembedahan lubang kunci. Pesakit tidak perlu bimbang kerana saiz luka pembedahan sangat kecil dan cepat sembuh. Malah, pesakit dirawat sebagai pesakit luar dan tidak perlu tinggal di hospital,” katanya.

Dalam tempoh enam minggu pertama, perut atas tidak mengembang kerana banyak tisu membengkak akibat kehadiran benda asing (getah pengikat). Selepas tempoh ini baru doktor membuat sedikit penyesuaian pada perut baru pesakit.

Pengurangan berat badan melalui kaedah ini juga tidak berlaku mendadak kerana ia direka supaya pesakit mengalami penurunan berat yang sihat iaitu antara dua hingga empat kilogram sebulan. Bagaimanapun, kadar penurunan berbeza antara pesakit; ada yang turun lebih banyak dalam tempoh sebulan.

Kaedah ini mensasarkan penurunan berat badan antara 50 hingga 70 peratus daripada berat yang berlebihan dalam tempoh dua tahun. Contohnya bagi individu dengan ketinggian 1.6 meter dengan berat badan 95 kilogram mempunyai BMI sebanyak 37.1 kg/m².

Berat badan normal untuk individu ini ialah antara 46 hingga 64 kilogram; tetapi berat unggul ialah 55 kilogram. Ini bermakna berat badan berlebihan ialah 40 kilogram. Jadi dalam masa dua tahun dia perlu mengurangkan berat badan antara 20 hingga 28 kilogram.

Walaupun rawatan ini direka untuk orang dewasa, ia juga boleh dilakukan pada kanak-kanak dan remaja, dengan syarat mereka faham pembedahan itu untuk kebaikan mereka dan mendapat persetujuan ibu bapa.

Yang menarik, pembedahan ini bersifat berbalik iaitu getah pengikat boleh dikeluarkan dan perut kembali ke saiz asal. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, pesakit mahu ia terus kekal dalam badan supaya masalah pertambahan berat tidak berulang.

Namun perlu diingat, kaedah ini bukan untuk semua orang, kecuali bagi individu yang termasuk dalam kategori obesiti morbid iaitu kegemukan yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Walaupun penggunaannya ke atas golongan muda (kurang 18 tahun) masih diperdebat, ia masih diberi pertimbangan.

Ini kerana kanak-kanak obes biasanya berdepan masalah psikologi dan sosial apabila mereka berasa rendah diri, terasing, diejek ahli keluarga dan rakan sebaya. Ini menyebabkan mereka lebih suka mengasingkan diri di rumah dan makan lebih banyak.

Masalah juga timbul jika ibu bapa kurang memberi perhatian kepada masalah berat badan dan menyediakan apa saja yang diminta si anak.

Dr Abdul Fahmi juga tidak menghalang jika ada yang mahu mencuba mengikuti program menguruskan badan anjuran pusat kecantikan.

Kaedah berkenaan berkesan jika dipatuhi sepenuhnya, tetapi kebanyakan (90 hingga 95 peratus) peserta program berhenti setengah jalan dan ini menjadikan kadar kejayaan hanya antara 10 hingga 15 peratus.

Bagi yang cekal dan kuat semangat, mereka boleh mengamalkan kaedah pengurangan berat badan konvensional yang mampu menurunkan sebanyak 25 peratus berat berlebihan.

Bagaimanapun bagi individu obes morbid, kadar ini tidak cukup untuk membolehkan mereka menikmati kehidupan lebih sihat.

Pun begitu, katanya, ia jauh lebih baik daripada tidak berusaha langsung kerana obesiti kini menjadi ancaman kesihatan paling besar kepada rakyat negara ini, termasuk kanak-kanak.

Amalan pemakanan selepas pembedahan

Beberapa hari pertama selepas pembedahan — Sejurus selepas pembedahan, pesakit hanya dibenar menghirup sedikit air atau mengulum ais. Pada hari kedua, baru minum lebih sedikit tetapi dalam kuantiti kecil pada satu-satu masa.

Selain air, pesakit perlu memilih jenis minuman yang mengandungi kalori bagi membekalkan tenaga. Untuk mengelak rasa mual dan muntah, jangan minum terlalu banyak.

Minggu pertama hingga keempat — Pesakit disaran makan makanan yang sangat lembut atau diet cecair seperti:
# Sup (tanpa memakan sayur, daging, ayam dan tidak berkrim)
# Dadih rendah lemak
# Susu (khususnya susu rendah lemak)
# Agar-agar
# Jus atau puri buahDoktor atau pakar pemakanan akan memberi panduan mengenai pemakanan. Ketika ini, yang mustahak ialah memberi peluang badan membiasakan diri dengan sistem Lap-Band dan bukan mengurangkan berat badan.Minggu keempat hingga keenam — Ketika ini pesakit dibenarkan makan makanan lebih berat seperti sup berkrim, ikan dan ayam cincang. Pertukaran daripada makanan lembut kepada yang lebih berat perlu dilakukan secara berperingkat dan perlahan-lahan.Makanan yang lembut lebih mudah dihadam. Usah cepat sangat mahu beralih kepada makanan berat kerana sesetengah makanan seperti roti, nasi dan daging merah mungkin memberi masalah kepada pesakit.

Kunyah makanan anda hingga betul-betul lumat sebelum ditelan untuk mengelak rasa mual, muntah, keradangan perut atau kembung. Pesakit juga berdepan risiko saluran perut tersumbat jika makanan yang masuk tidak benar-benar hancur. Jika mengalami masalah ini, pesakit perlu kembali diet cecair.

Kerap muntah boleh meningkatkan kemungkinan ikatan pada perut teralih atau menyebabkan kantung perut atas meregang.

Pemakanan selepas pembedahan — 10 syarat utama

Pesakit perlu mengubah gaya dan tabiat makan sejurus selepas menjalani pembedahan.

1. Makan tiga kali sehari dalam kuantiti kecil — Sistem yang digunakan ini membentuk kantung perut yang kecil — yang hanya boleh menampung kira-kira setengah cawan (85 hingga 113 gram) makanan.

Jika pesakit cuba makan lebih daripada muatan ini, dia akan berasa mual atau muntah. Sebaliknya jika pesakit membiasakan diri makan banyak, kantung perut yang kecil ini akan meregang dan ia boleh merosakkan tujuan utama pembedahan ini.

2. Makan perlahan-lahan dan kunyah hingga lumat (15 hingga 20 kali) — Makanan boleh memasuki stoma (lubang atau laluan perut yang baru) jika ia benar-benar hancur. Jika sebelum ini anda biasa makan cepat, belajar untuk makan perlahan-lahan dan menikmati keenakan makanan.

3. Berhenti makan sebaik terasa kenyang — Apabila perut penuh, otak menerima isyarat bahawa anda sudah cukup makan. Bagaimanapun dalam keadaan biasa, penerimaan isyarat ini mengambil masa. Ada yang mengatakan otak hanya menerima isyarat kenyang dalam masa 20 minit dan ini sebabnya kita perlu makan perlahan-lahan.

Jika makan cepat, pesakit mungkin makan lebih daripada diperlukan, boleh menyebabkan mual dan muntah. Cuba mengesan rasa kenyang dan jika ada, berhenti makan ketika itu juga.

4. Jangan minum ketika makan — Pembedahan ini hanya berkesan jika pesakit makan makanan pejal. Jika pesakit minum ketika makan, makanan itu menjadi makanan cecair dan keberkesanan sistem ini terjejas.

Jangan minum dalam masa satu hingga dua jam selepas makan. Kaedah ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

5. Jangan makan di antara waktu makan — Mengambil snek atau makanan ringan boleh menjadi punca utama kegagalan dalam mana-mana kaedah mengurangkan berat badan. Tabiat ini perlu dihentikan segera. Pesakit yang makan dengan cara betul biasanya tidak berasa lapar sehingga tiba waktu makan seterusnya. Jika anda kerap berasa lapar, bermakna ikatan pada perut terlalu longgar dan segeralah berjumpa doktor untuk membetulkannya.

6. Makan makanan berkualiti saja — Oleh kerana tidak boleh makan banyak, pesakit perlu makan makanan berkhasiat saja. Jangan sekali-kali mengisi perut baru yang kecil itu dengan makanan ringan.

Makanan anda perlu mengandungi protein dan vitamin. Contoh makanan yang kaya khasiat ialah sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, ikan dan bijirin. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula seperti minuman ringan dan berkarbonat, sirap, kek, biskut, manisan, jem, madu, coklat, pai, kerepek dan keropok serta pastri.

Anda boleh makan epal dan oren, tetapi elak jus epal atau oren yang mengandungi banyak gula. Mungkin timbul kebimbangan tidak cukup zat jika pengambilan makanan dicatu ketat. Bagi yang ingin mengambil pil makanan tambahan, berbincang dengan doktor terlebih dulu.

7. Elak makanan yang tinggi serat — Makanan banyak serat seperti asparagus boleh membuatkan lubang masuk ke perut (stoma) tersekat. Ia kerana serat tidak dapat dihancurkan melalui kunyahan atau tindakan air liur. Bagaimanapun, bukan anda tidak boleh makan asparagus langsung. Jika teringin, masak hingga lembut, hiris halus dan kunyah hingga lumat.

8. Minum air secukupnya sepanjang hari — Jika berat badan anda turun, kandungan lemak dalam badan juga berkurang. Ia dikeluarkan sebagai bahan kumuh. Justeru, anda perlu minum banyak air sepanjang hari supaya proses penyingkiran bahan buangan ini lebih mudah.

Walaupun keperluan setiap individu berbeza, secara umumnya kita memerlukan antara enam hingga lapan gelas air sehari. Ingat, anda sepatutnya hanya minum air masak. Boleh juga minum teh dan kopi tetapi mestilah tanpa gula, krimer atau susu. Ingat juga untuk mengasingkan waktu makan dan minum.

9. Minum minuman rendah kalori saja — Tidak kira apa jenis minuman, semuanya boleh melalui lubang masuk ke perut dengan mudah. Jika anda minum minuman berkalori tinggi, penurunan berat badan tetap berlaku tetapi jumlahnya kecil walaupun semua syarat lain dituruti.

10. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari — Bagi meningkatkan kejayaan mengurangkan berat badan, pesakit perlu bersenam kerana senaman menggunakan tenaga dan membakar kalori. Saiz badan anda mungkin menyukarkan anda bersenam, tetapi jangan patah semangat. Buat sekadar yang mampu. Lebih banyak berat badan anda turun, pergerakan menjadi lebih mudah.

Mulakan dengan senaman mudah seperti berjalan atau berenang. Tingkatkan aktiviti secara beransur-ansur dengan berbasikal, jogging atau melakukan senaman aerobik. Pada masa sama, ubah aktiviti harian dengan berdiri berbanding duduk atau menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

MENU SIHAT (1600 KALORI )


MENU SIHAT UNTUK TATAPAN ANDA......!!

Sarapan Pagi
Karipap - 1 Biji
Bingka Ubi - 1 Keping
Kopi / Teh - 1 Cawan
1 sudu teh gula

Minum Pagi
Biskut tawar - 3 keping
Teh / Kopi dengan susu rendah lemak - 1 cawan

Makan Tengah Hari
Nasi putih - 1 cawan
Masak lemak sayur cekur manis - ½ cawan
Ikan kembung panggang (sederhana) - 1 ekor
Sambal belacan - 2 sudu makan
Ulam pegaga - ½ cawan
Pisang Restali - 1 biji
Air kosong - 1 gelas

Minum Petang
Pisang goreng - 3 keping
Teh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan

Makan Malam
Nasi putih - 1 cawan
Ikan bawal goreng (kecil) - 1 ekor
Sup sayur bayam - 1 cawan
Kerabu pegaga - 1 cawan
Air kosong - 1 gelas

Average calorie in percentage :
% calorie forCarbohydrate = 55

Fat= 30

Protein= 15

KAKI LENGUH......? OBESITI SALAH SATU PUNCANYA


BUKAN saja menjejaskan organ jantung, obesiti juga berupaya memberi risiko terhadap kaki pesakit. Pakar neurologi berpendapat mereka yang menghidap obesiti terutama di bahagian perut berisiko mengalami sindrom kelenguhan kaki atau RLS.

RSL merupakan keadaan di mana kaki pesakit terus berasa lenguh walaupun mereka sedang relaks. Ini disebabkan oleh keadaan saraf yang tidak dapat mengawal pergerakan kaki untuk berehat.

EKSTRA: Hendak membantu kanak-kanak turunkan berat badan? Berikan mereka lebih banyak air kosong berbanding minuman bergas atau soda

APA KATA MEREKA TENTANG PUSAT PENJAGAAN BADAN?


Berikut merupakan soalan dan jawapan berkenaan program diet di slimming centre.Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada anda yang sedang mencari maklumat tentang program diet melalui slimming centre.

Soalan dari SZ:

Saya nak tanya pendapat, ada sesapa yang pernah pergi slimming centre - Keep Slim tak? Kalau ada berapa harganya?

Jawapan dari SH:

hye, sy penah pegi MAY FAIR BODY SLIM ..keep slim xpenah la plak pg..tp yg sy tau harge dorang sume same..mcm MAY FAIR 10 Session RM3500.00 (Basic = Chili Wrap+Serum+Hot Blanket+Massage) .. i tanyer my friend yg pg LONDON WEIGHT MANAGEMENT pun harge same jgk.. tp kan, maaf la ckp, sy amik 10 session pun xbp berkesan..die nk kite diet jgk..kontrol mkn..i da kontrol tp berat turun dlm 2 kg je..i rase xeffektif la..bazir duit je.. i lebih percaye kalo kite g gym, bile compare balik price tu ngan gym..better gym murah..

tp kan, rm3,500.00 tu yg basic je, lum campur DETOX DRINK+SERUM+ LASER utk pecahkan/cairkan lemak… tu sume harge lain..xberbaloi la bg sy..kalo awk nk cube xpelah..tp tu la…hasil die kurang bjaye la..10 session 2 kilo je turun..adushhh pembazirannnn. ..

just sharing my experienced!

Soalan seterusnya dari SZ:

Pergi gym tu macamana? Kena cari personal trainer ke? Banyak ke belanja nya? Ada sampai RM2,000 per month??
Thanks.

Jawapan dari SH:

saya pun tak pernah pegi jugak.. harg semua same jer.. sape2 yang pernah pergi tolong bagi komen.. takut nnt kalau pergi tak berbaloi.. huhuu.. berat badan memang dah bertambah.. nak bersenam mmg tak der masa

Jawapan dari NS:

hai,
saya skrg buat treatment kat mayfair.. bila pikir balik, rasa mcm bodoh je sbb terpengaruh. . so, kpd yg baru2 terfikir nak p slimmimng center x payah la kot. membazir duit je.. Serius, bukan sikit duit.. lgpun, ada sesetengah treatment dia yg menyakitkan. .. treatment ni xde makna kalau x ikut diet plan depa + x bersenam. nasi, roti n apa2 jenis karbo semua x leh amik langsung..
Sy nak kongsi few tips yg sy rasa sgt mmbantu la kalau nak kurus.
1. make sure at least minum 3 liter plain water setiap hari (also sgt baik utk org yg ada oily skin mcm saya)
2. jgn minum lepas 8 mlm..
3. pada yg malas bersenam mcm saya ni, amalkan lah berjalan kaki at least 30 minit every day. saya buat di ruang tamu rumah sambil layan tv aje. cuma berjalan keliling meja makan..kalau yg mampu, beli la treadmill. tp saya mmg dah x kuasa nak buang duit lagi, tu yg tawaf meja makan je.. :)
4. refer website ni, it’s motivates myself.. www.realage. com
Kesimpulannya, treatment kat slimming centre ni cuma membantu saja. bukan gerenti slim kalau p sana..
good luck.

Jawapan dari AK:

Salam semua.

izinkan saya berkongsi petua saya hilang 5kg dalam 3 bulan tanpa perlu excercise, ambil ubat kurus, just control makan.

saya bekas atlet (sekarang guru sepenuh masa) berat akhir saya pada disember 2008 ialah 72kg.
untuk pengetahuan semua, saya tidak gemuk, tapi saya berat kerana muscles. untuk nak kurangkan berat sebab muscles bukan senang, tak semudah gemuk air/angin/lemak. itu sebab amik 3 bulan untuk hilang 5kg. sekarang berat saya ialah antara 65-66kg.

petua saya:
1. dulu saya makan nasi 2-3 hari sekali. 2 bulan pertama saya makan nasi sehari 2 kali. tapi jumlah 1 pinggan nasi. kalo dulu makan 3 pinggan (3 kali), sekarang makan 1 pinggan (2 kali sehari). now, sy just makan 1 pinggan sehari (separuh pinggan) sebab perut dah tak boleh terima banyak nasi (maybe dah sempit kot).

2. kalo lapar, elakkan makan makanan yg berasaskan beras atau gandum. saya amalkan minum Nesvita nestum yg 3 in 1 (plastik warna biru) kalo lapar.

3. wajib breakfast! perut sentiasa kena isi, tapi bukan dgan nasi! mostly i amik nestume 3 in 1. kadang2 untuk makan malam i just makan kacang rebus, kacang kuda rebus, tempe goreng, sup sayur campur.

4. stop minum air sejuk! sangat2 jarang makan nasi lemak, KFC, McD, benda2 bergoreng.

5. ambil peluang untuk berjalan selalu.


PIKIR-PIKIRKANLAH.....

ANDA SIBUK? TETAPKAN LAH MAKAN MAKANAN SIHAT



PADA hari-hari tertentu, anda mungkin terlalu sibuk dengan tugas dan komitmen peribadi hinggakan tidak ada masa untuk berhenti bernafas. Oleh sebab anda cuba melakukan sebanyak yang boleh, maka anda tidak menghiraukan soal makan. Sarapan hanyalah secawan kopi atau teh tarik. Anda tidak sempat makan tengah hari disebabkan oleh jadual yang terlalu padat dan teman makan malam anda hanyalah sebungkus kentang goreng yang ditelan dengan gopoh-gapah di pejabat.

Jika anda sering menghadapi hari-hari begini, bermakna anda tidak dapat mengamalkan tabiat makan yang sihat. Usah bimbang. Ikuti petua mudah berikut untuk mencari masa makan dan mengetahui apa yang patut dimakan bagi mendapatkan nutrien dan tenaga secukupnya bagi membolehkan anda sentiasa cerdas dan dapat memberi tumpuan sepanjang hari.

Cergaskan hari anda dengan sarapan

Sarapan bukan sahaja penting untuk mencergaskan permulaan hari anda dan memberi tenaga yang cukup untuk kekal aktif sepanjang hari, tetapi juga telah terbukti secara saintifik dapat membaiki daya tumpuan, kecerdasan dan fungsi ingatan. Untuk meningkatkan metabolisme anda, amalkan diet yang seimbang dengan mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan makanan berprotein tinggi seperti susu dan keju. Kurangkan makanan berlemak seperti roti canai dan nasi lemak kerana makanan seperti ini boleh membuat anda berasa kembung dan lesu.

Jika anda selalu tidak mengambil sarapan dan menggantikannya dengan makan tengah hari yang berat, berikut adalah beberapa cara meluangkan masa untuk mengambil sarapan yang sihat di rumah:

- Cuba bangun awal supaya ada masa untuk makan dan menikmati sarapan.

- Siapkan sarapan pada malam sebelumnya jika anda rasa esoknya adalah hari yang terlalu sibuk dan akan kesuntukan masa.

Oh… Saya Terlambat Bangun Lagi!

Jika anda benar-benar tidak ada masa untuk menikmati sarapan yang sihat di rumah disebabkan terpaksa keluar awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau jika terlambat bangun, cuba petua berikut:

- Sediakan makanan seperti buah-buahan, roti/bun, keju atau telur rebus yang senang dicapai dan dimakan sambil berjalan. Untuk pemakanan yang lebih lengkap, cuba makan bijirin sambil minum susu.

- Beli makanan seperti pau kacang, kuih apam atau putu mayam dalam perjalanan ke tempat kerja.

- Simpan makanan di tempat kerja anda. Biskut tawar, buah-buahan kering, kacang atau energy bar adalah pilihan yang berkhasiat dan lazat.

Tambah tenaga dan pulih kecergasan dengan makan tengah hari

Menjelang waktu makan tengah hari, badan anda sudah menggunakan kebanyakan daripada nutrien dan tenaga daripada sarapan. Jadi, makan tengah hari memberi anda peluang menambah tenaga dan kecerdasan serta meningkatkan prestasi.

Petua berikut dapat membantu anda merasa segar semula dan bersedia untuk meneruskan kerja hingga ke petang!

- Elakkan makan sambil kerja, kerana anda mungkin makan lebih daripada yang diperlukan. Cuba makan pada waktu yang dikhaskan untuk makan tengah hari.

- Sentiasa pilih sajian ringan yang sihat dan jangan terlebih makan; berhenti bila rasa kenyang. Jika terlebih makan, anda akan berasa kembung dan mengantuk.

- Jika makan di luar dan memesan nasi campur atau mi, jangan lupa untuk tambah ikan atau daging tanpa lemak dan sayuran untuk memastikan pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang. Makan sepotong buah-buahan sebagai pencuci mulut.

- Jika makan di pejabat dan hanya terdapat mi segera, cuba tambah sedikit sayuran atau telur. Untuk menambahkan khasiat, makan buah-buahan atau minum segelas jus buah- buahan 100 peratus atau minuman kacang soya/susu. Untuk menambah kalsium, tambah keju ke dalam sandwic atau roti bun.

Makan dalam perjalanan

Jika terpaksa ke mana-mana pada waktu makan tengah hari dan tidak ada masa untuk makan, jangan bimbang. Simpan snek di tempat kerja yang boleh dicapai dan dibawa bersama. Pilihan makanan dan snek yang sihat termasuk buah-buahan segar atau kering, bijirin serat tinggi, biskut tawar serat tinggi dan biskut (tanpa krim), sandwic roti gandum penuh, kacang dan yogurt. Jangan lupa bawa sebotol air minuman untuk mengekalkan penghidratan!

Akhirkan hari dengan makan malam yang dimasak di rumah

Selepas sibuk seharian, anda tentu rasa seronok bila dapat duduk makan dengan selesa di rumah kerana sajian makan malam memberi peluang kepada anda untuk memenuhi keperluan pemakanan harian. Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda masih sibuk hingga ke malam? Anda boleh makan di luar atau beli makanan bungkus.

Namun, jika anda lebih suka makan malam yang dimasak di rumah, berikut adalah beberapa cara yang membolehkan anda mendapat apa yang anda ingini:

- Simpan nasi atau pasta sebagai makanan asas untuk penyedian sajian yang cepat. Jika anda mempunyai ramuan yang betul, anda boleh mencipta resipi anda sendiri untuk sajian yang berkhasiat!

- Bersihkan sayuran dan simpan dalam peti sejuk supaya ia sedia untuk dimasak. Atau jika anda benar-benar kesuntukan masa, anda boleh makan sayuran mentah seperti lobak merah dan saderi.

- Potong ikan, ayam dan daging dan bekukan dalam paket berasingan. Pindahkan ke dalam peti sejuk untuk dinyahbeku sebelum anda keluar bekerja.

- Aturkan penghantaran makanan ke rumah. Ia menjimatkan masa memasak dan amat baik jika anda tidak berminat ke dapur atau tidak pandai memasak! Pesan makanan daripada orang yang anda kenali dan percaya. Jangan takut untuk meminta makanan disediakan secara segar.

Seperkara penting yang mesti diingati ialah jangan sama sekali mengabaikan waktu makan. Anda mungkin sibuk, tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak makan. Bila anda tidak makan, anda kekurangan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan tugas anda dengan berkesan. Jika anda tidak mengambil makanan yang berkhasiat secara tetap, anda tidak akan mempunyai tenaga untuk bekerja, belajar atau melakukan apa sahaja!