GUESTBOOK

Pages

Wednesday, December 30, 2009

MAKANAN SIHAT


KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan jika tidak miliki kesihatan.
Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, Kosmo! senaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan yang optimum bagi anda. Periksa senarai ini!

1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar.

Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari.
alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad

2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.

AMALKAN satu cawan susu masam setiap hari.

Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser.
Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif.
Amalkan satu cawan yogurt sehari.
alternatif: Kefir, susu masam soya

3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar.

TOMATO membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.

Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato.
alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.

4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid.

Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari.
alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning

5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia.

Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular.
Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering.
alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi

6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak.

KACANG hitam boleh merangsang otak.

Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu.
alternatif: Kacang pis, dal, pinto

7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya.

WALNUT kaya dengan Omega-3.

alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel.

8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.

HIDUP TANPA LEMAK BERLEBIHAN

No comments:

Post a Comment