GUESTBOOK

Friday, December 25, 2009

MENU SIHAT


Manusia perlukan makanan untuk tenaga. Makanan yang telah kita makan akan
diproses untuk ditukarkan kepada bentuk tenaga. Pada usia yang muda, kanak-kanak
memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium dan protein yang mana membantu
di dalam pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh. Kita perlu memilih makanan
yang bersesuaian dengan umur dan tahap kesihatan diri. Diet yang sihat
mengandungi kesemua nutrient makanan yang diperlukan.

Penyediaan menu sihat

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan
yang ingin di makan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik. Adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang? Adakah kita memerlukan lebih karbohidrat dan kurang protein atau lebih protein dan kurang lemak? Selain dari perancangan, kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kita menyediakan hidangan. Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai untuk digunakan; antaranya adalah lebih elok dan sihat untuk memasak dengan menggunakan kaedah membakar, mengukus dan mereneh berbanding mengoreng dengan minyak yang banyak.

Selain itu, kita sebagai ibu bapa juga perlu mempelbagaikan makanan yang kita pilih untuk anak kita, dengan cara ini makanan akan bertambah menarik dan dapat meningkatkan selera anak. Sebagai contohnya, kita boleh menggunakan tomato dan lobak untuk menghias makanan tersebut. Ianya bukan sahaja menambah warna pada makanan malah boleh menghiburkan anak-anak dengan rekaan wajah yang kelakar.

Amalan dalam membentuk menu sihat

Antara amalan yang dapat di aplikasi adalah:

* Mereneh atau mengukus makanan berbanding mengoreng .
* Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan selepas mengoreng.
* Jauhi dari mengoreng buat kali kedua.
* Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan (contohnya sup).
* Tambah lebih sayuran di dalam hidangan.
* Kurangkan jumlah penggunaan garam.
* Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging tanpa lemak

Menu ringkas untuk anak-anak

Sarapan: ½ cawan buah-buahan (contohnya Pisang) + segelas susu

Makan tengahari: Satu mangkuk sup ayam + ½ -1 cawan nasi + 1 gelas air

Makan malam: ½ - 1 cawan nasi + 1 telur dadar + 1 gelas air

Kita semua amat sukakan pizza. Namun adakah hati kita sukakannya juga??

Daripada: American Heart Association

Pizza Tomato Segar

Masa penyediaan: 10 minit; Masa memasak: 15 ke 20 minit

Hidangan 4; 1 bulatan per hidangan

Bahan-bahan:

2 keping roti pita (tepung gandum lengkap)
3 atau 4 tomato Itali saiz sederhana
¼ cawan daun basil atau parsley yang dihiris halus
Lada hitam
1 cawan keju tanpa lemak Mozarella yang telah dicarik-carik

Arahan

1. Panaskan ketuhar kepada 425 darjah F.
2. Potong roti pita sehingga membentuk 4 bulatan kecil.
3. Letakkan pita-pita tersebut ke dalam ketuhar selama 5 minit.
4. Semasa pita masih di dalam ketuhar, hiris tomato dan daun basil.
5. Keluarkan roti pita dari dalam ketuhar. Aturkan hirisan tomato di atasnya. Taburkan daun basil ,serbuk lada hitam dan keju.
6. Bakar selama 8 – 10 minit atau sehingga hujungnya kelihatan coklat.
7. Potong menjadi 4 bahagian dan selamat menjamu selera.

Analisis nutrisi (per hidangan) Kalori 175; Protein 9g, Karbohidrat 30g, Kolesterol 16mg, Natrium 500mg, Jumlah lemak 3g, Lemak tepu 1g.

Di dalam dunia yang serba sibuk ini, memastikan seluruh ahli keluarga menikmati makanan yang sihat pada setiap hari bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap ahli keluarga terlalu sibuk dengan akitiviti masing –masing , maka waktu makan kadangkala terlepas dari pandangan kita. Namun, adalah penting untuk memastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa makan berkualiti, dan sudah semestinya menikmati hidangan yang enak dan berkhasiat.

No comments:

Post a Comment