
MENU SIHAT
Apakan dia menu sihat
• Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi
meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu
tersebut.
Bagaimana kita menyediakan menu sihat
• Rancang menu kita
• Memasak makanan yang sihat
• Ubahsuai resepi kita
Bagaimana kita merancang menu
• Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
• Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayamitik)
dan protein tumbuhan (kekacang).
• Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren),
bayam (hijau) dan labu manis (kuning).
Bagaimana kita memasak dengan sihat
• Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
• Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
• Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
• Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan
perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
• Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
• Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
• Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
• Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan
Bagaimana kita mengubah suai resepi
• Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan
• Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair
• Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu
manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
• Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.
No comments:
Post a Comment